Hukuman mati mengikut negara
Hukuman mati mengikut negara

Hukuman mati mengikut negara

Hukuman mati ialah hukuman berat yang dijatuhkan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu seperti membunuh, mengedar dadah dan sebagainya, mereka yang melakukan kesalahan ini akan dihukum bunuh.Hukuman mati adalah berbeza dari negara ke negara, ini termasuklah perbezaan dari segi jenayah dan juga cara hukuman. Antara cara-cara utama yang digunakan untuk hukuman bunuh adalah tembak, gantung, kerusi elektrik dan suntikan maut, terdapat sebahagian kawasan di dunia seperti di negara-negara Islam menggunakan kaedah Pancung dan Rejam sebagai hukuman mati yang berpatutan dengan syariat Islam.Terdapat juga beberapa negara yang tidak lagi mengunakan hukuman bunuh, ini kerana mereka yang menentang hukuman bunuh mengatakan bahawa hukuman bunuh adalah melanggar hak kemanusian yang menyatakan semua manusia berhak untuk hidup. Antara negara yang memansuhkan hukuman tersebut adalah negara-negara dalam Kesatuan Eropah. Kebanyakan negara yang memansuhkan hukuman mati ini menggunakan hukuman penjara sepanjang hayat sebagai pengganti hukuman mati.